Tampilkan postingan dengan label Doaku. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Doaku. Tampilkan semua postingan

AKP- IkHTIAR DALAM REDHA

Salam 4 all



Seumur hidupku...
Tidak pernah sesayu ini..
Lain benar laungan bilal di masjid kami..
"Assholaatu Fii Buyuutikum"..
Seruan Azan menyuruh solat dirumah..
Tersentap jantung..
Baru tersedar kaki ini tdk diundang lagi kerumah Ilahi..
Terfikir sejenak..
Apakah kau tdk lagi sudi menerima kami..
Biarpun mgkin hanya sementara..
Sudah cukup menyentap jiwa..
Apalagi jika selamanya...
Ya Allah...Ampuni kami Ya Allah..
Jika selama ini panggilanmu tdk diendah,
Leka alpa dlm ibadah,
Urusan dunia tak sudah sudah..
Sesama insan kami bertelagah..
Silaturrahim dibuang hidup berpecah belah..
Dosa pahala diambil mudah..
Suruhan dan laranganmu dibantah..
Hidup bermegah..
Terlupa diri jasad terjadi dari ehsanmu asal segumpal tanah...
Ya Allah..
Baru hari ini..
Benar2 rindu pada halaman rumahmu..
Khutbah jumaat dan solat waktu..
Siraman kolah menyejuk kaki diruang wudhu..
Tiada lagi kelibat guru2 dan majlis ilmu..
Tiada lagi usrah dihening Subuh..
Tiada lagi kelibat anak kecil menjerit riuh dihujung pintu..
Ya Allah..
Redakanlah musibah ini..
Bukakanlah kembali rumahmu buat kami..
Apa yang terjadi kami insafi..
Sesungguhnya rumahmu amat kami rindui..
Izinkanlah kaki ini melangkah kembali..
Memijak lamanmu yg kami cintai..
Aiman upload dlm Group Familia

Tersiksa jiwa dan nurani selama laman rumahmu terkunci..
Kami akui alpa dan lalai,
Seruanmu byk yg kami abai..
Solat Jemaah tidak tertunai..
Biarpun panggilanmu melambai lambai..
Sekali lagi kami meminta..Ampunkanlah segala dosa..
Terimalah taubat kami hambamu yg hina..
Kaulah maha berkuasa Allah Azza Wajalla

🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂

Bagaikan gunung memasak bumi, Begitulah tawaf di kaabah memasak bencana,Apabila tiada lagi yg tawaf bumi  tiada lagi pasak menahan bencana..Bumi tiada lagi penawar untuk memurnikan kehitaman dosa manusia.Tanpa disedari bahwa tawaf dikaabah inilah yg melindungi seluruh manusiaSedangkan segala isi bumi dan langit  mahu musnahkan manusia atas kederhakaan, kekufuran dan kesombongan Namun putaran tasbih dikaabah menahannya Bagaikan gunung memasak bumi, Begitulah tawaf di kaabah memasak bencana,Apabila tiada lagi yg tawafbumi  tiada lagi pasak menahan bencana..Bumi tiada lagi penawar untuk memurnikan kehitaman dosa manusiaTanpa disedari bahwa tawaf dikaabah inilah yg melindungi seluruh manusiaSedangkan segala isi bumi dan langit  mahu musnahkan manusia atas kederhakaan, kekufuran dan kesombongan Namun putaran tasbih dikaabah menahannyaKaabah adalah pusat bumi Putaran ke kanan adalah sifat alam

Planet berputar kelilingi matahari

Matahari berputar atas paksinya

Semua makhluk berputar ditempat yg ditetapkan

Manusia berputar dikaabah dgn penuh khusyu kpd الله

Allah mencipta apa shj wujud dialam ini

Saling berkait dan mendukung antara satu sama lain

Tiada satu yg dicipta tanpa sebab

putaran dikaabah adalah eko sistem alam

Apabila salah satu eko sistem tidak berfungsi, 

ia akn memberi kesan pd sistem alam yg lain

Rasulullah telah bersabda 

Apabila hampir kiamat Akan ada satu masa umrah dan haji ditahan

Kaabah tiada lg yg tawaf , dunia akn dilanda bencana

Dan kini benar berlaku Namun tiada pasti apakah saat ini

Kerana hal ini juga telah berlaku brp kali ketika wabak melanda Tanah Arab

Bersimpuh seluruh manusia memohon keampunan

Berdoa penuh kerendahan

Moga keberkatan doa para aulia, ulama , para ahli zikir dan para pendakwah

Bencana ini dihilangkan 

Kaabah kembali bersinar dgn putaran manusia 

Ramadhan yg penuh barakah

Agar sistem alam kembali harmoni

Tiada musibah besar melanda dunia  ini..

Pada الله Kita merintih

Pada Rasul kita berselawat memohon syafaat

Bisikan Jiwa



😭😭😭😭😭😭😭

cnp:kredit Group Wasap
Isnin 23hb #ARAHANKAWALANPERGERAKAN
harike 5
Rumah Atas Tol

Alhamdulillah.... Allah beri peluang solat berjemaah dimamkan abah anak2 mama.. ditemani hanya no 5, di saat no1 dan isteri, no 2 dan suami antara ‘frontliners’(semoga sentiasa dalam jagaanMu Ya Allah),sementra no 3 dan no 4 ‘stayathome’ beribubatu’ di bumi Kinanah’, semoga jihad kita semua diredhai olehMu Ya Mujib.


ps... nt ada masa mama edit ye📖📖

Hanya padaMu Aku Memohon

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰن
ِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Segala puji bagi Allah, pujian hak-Nya, milik-Nya pujian yang banyak . Aku berlindung kepada Allah dari kejahatan diriku, sungguh nafsu menyuruh pada keburukan kecuali yang disayangi Tuhanku.. Aku berlindung kepada Allah dari kejahatan setan yang menambah dosa-dosaku. Aku berlindung pada Allah dari semua perbuatan yang durhaka, dari semua musuh yang dominan, dari semua penguasa yang kejam.
Ya Allah , Jadikan aku diantara pasukan-Mu, karena pasukanMu saja yang beroleh kemenangan. Jadikan aku diantara kekasih-kekasihMu, karena kekasihMu saja yang tidak mendapat kecemasan dan kesedihan.Ya Allah Baikkan agamaku, karena itulah sandaran urusanku. Baikkan akhiratku, karena itulah kampung kembaliku, tempat lari menjauhi kejahatanku. Jadikanlah kehidupan tempat menambah kebaikan, Jadikanlah kematian tempat istirahat dari kejelekan. Ya Allah Sampaikan shalawat kepada Muhammad , kepada keluarganya dan  kepada para sahabatnya. Berilah aku pada hari ini, tiga hal: jangan biarkan pada diriku dosa kecuali Engkau maafkan. Jangan biarkan pada diriku kesusahan kecuali Engkau hilangkan. Jangan biarkan pada diriku musuh kecuali Engkau tolakkan. Dengan asma Allah, sebaik-baik asma. Dengan asma Allah, Tuhan Pengurus Langit dan Bumi. Aku mohon ditolakkan setiap kebencian yang pangkalnya murkaNya. Aku mohon diberikan setiap kecintaan yang pangkalnya ridhoNya. Akhirilah hidupku dengan keampunan...

Ya Allah,
Pada hari ini anak-anak kami akan mula menduduki peperiksaan , Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,
Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya.  Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْ