Tampilkan postingan dengan label Masa Dan Kita. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Masa Dan Kita. Tampilkan semua postingan

CABARAN KARIER KIAN KE TITIK PENAMAT

 SALAM FOR ALL

Lumrah....setiap yang bermula akan berakhir..

Nampaknya tak lamalagi semua akan berakhir...meskipun pahit tapi adatlah...walau masa masih berbaki tapi sungguh saya sedang merancang ke arah itu...

terjumpa jadual ini....AMANAH YANG DIBERI..





TENTANG TIDUR

 JOM BACA.. MUDAH MUDAHAN  MEMPEROLEHI ‘GOLDEN TIME’

Cikgu2 tidur pukul berapa?? 

Saya terjumpa artikel tentang TIDUR... Jom baca... Kalau boleh amal lagi baik kannn... Sekurang2nya time cuti2 tu... 

Cnp... 

📌TIDUR

Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan dapatannya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3jam sahaja ! saya cuba...saya tidur sekitar jam 11-12 malam dan cuma bangun semula pukul 3pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi.

Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik..menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang.

Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya "tanpa rela" sering tertidur pada pukul 9malam.....seterusnya secara automatik, sekitar jam 2pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar....lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti2 rutin saya....tanpa mengantuk! Saya pelik!

Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal....saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi.

Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur selama 3 JAM SAHaJA. Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 MALAM HINGGA 12 MALAM‼️ (tapi kita di zaman skrg ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dàn bangun jam 2pagi...itu dah lebih dari baik).

Berdasarkan sunnah, Rasulullah saw sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat 'Baraka' di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur. Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur.

🗒Tidur dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi🗒

Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah 'dream sleeping' yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.

🗒Dari dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajr)🗒

Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental.

🗒Tidur pada waktu siang (selepas Fajr)🗒

Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga (3) jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.

🗒Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari🗒

Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu 'serotonin' iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun. Bagi mereka yang solat Subuh dengan 'Jamat' dan duduk mengingati Allah. Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.

Pembebasan 'melatonin' oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya.

Jadi, jika seseorang mendapat 'Alzheimer' dan permulaan 'Dementia', bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya.

Wallahualam.

So 3 jam adalah 9 jam tido. Sbb tu ramai yg bngun trsedar pukul 1. Sbb badan dah fully charge. Mcm phone kita. Dh 100%, cabut la charge.

Ape effect kalau overcharge?

Macam mana nk tido pkl 9 kalau dh biasa tidur lambat?

Nnti susah nk tido.

Senang jaaa ☺️☺️☺️

1️⃣Tutup phone, wifi, data, tv, lampuu.

2️⃣Nk tdo tu Talk to Allah.

"Ya Allah, dtglah dkt aku, aku dh jauh dari mu...aku nak kamu Allah...kejut la aku pkl 3, aku nak taubat, aku nak sucikan kolam aku..bantu aku yang Allahhh"

3️⃣Tenangkan diri. InsyaAllah 30 minit boleh tidur bagi yang susah tidur

First day memang rasa susah nak tidur.

Next day tu tak yah buat pape. Trus bommm tidur sndiri 😍 Hehee. Dah ramai yang cakap begitu. First day susah tidur. Second day tidur sng gila 😭🤩

Once bdn dah penat. This is the best sleep ever! Tidur yg paling bagus adalah tdo yg tak mimpi langsung ! Tidur yg bkn ayam2. Tidur mimpi ni tak elok sbb otak kita bergerak.

So nk deep sleep adalah kne start dgn tdo awl dlu pkl 9. Nnti esk akan dpt deep sleep. Deep sleep ni cukup 3,4 jam je. Setel utk sehari.

Utk first bgn pkl 3 mmg akn ngantuk.

So boleh tidur dulu untuk first day. Tunggu esk pabila dpt deep sleep. Korg akan rasa fresh je. Xngantuk smpai subuhh.

Dan ni la waktu di panggil THE GOLDEN TIME!

Buat yang uzur, tanam azam untuk bangun tahajjud juga. Boleh zikir sebanyak mungkin dan doa banyak-banyak. Sebab waktu ni adalah GOLDEN HOUR untuk doa dimakbulkan.

InshaAllah, kita tanam azam kuat-kuat. walaupun uzur tetap masih boleh beribadah dan jumpa Allah swt. InshaAllah kita boleh wahai kaum hawa💪💪💪 🔥🔥🔥

SUMBER:FB SAHABAT GURU

KITA DAN COVID

Assalamualaikum,

Mama seronok pulak baca ini.. simpan jugalah catatan ini.. nanti ada masa, versi dan kisah mama dan family akan menyusul.

2020

PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan

Nak simpan jugak la.. kenangan yg takkan dilupakan.. Utk aku baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur 😢😢

Takkan sesekali aku lupa, setahun sekali FB akan remind..

FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APR  - 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR  - 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR  - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI  -  09 JUN 2020 (PKPB)
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)

*(PKPB) - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾

📌Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP

📌PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.

📌Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya.

📌Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.

📌Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun.

📍 Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

📍Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp.

📍Penjarakan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.

📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.

📍 Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.

📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.

📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.

📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online.

📍Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.

📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.

📍Taman permainan kanak-kanak ditutup.

📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
 dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
 bagi pesakit kritikal.

📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

📍Rak-rak di kedai menjadi kosong.

📍Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.

📍 Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.

📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditukar kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
Alhamdulillah...
Maka dibenarkan rentas negeri bermula 10 Jun 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

10/6/2020 - 31/8/2020

1. Rentas negeri dibenarkan kecuali di kawasan PKPD
2. Semua aktiviti sosial akan beroperasi semula secara berperingkat dengan SOP.
3. Perniagaan/aktiviti bukan dalam premis dibenarkan seperti memancing.
4. Beberapa sukan dibenarkan yang tiada sentuhan.
5. Perhimpunan di stadium tak dibenarkan.
6. Pelancongan domestik dibenarkan. Sempadan negara masih tutup.
7. Raya haji & upacara kurban dibenarkan. Dengan sop yang akan dikeluarkan nanti.
8. Sekolah akan dibuka berperingkat. Pengumuman akan diberikan nanti.
9. Kelab malam, pusat hiburan, karaoke, Taman tema, pergerakan keagamaan, rumah terbuka dan sewaktu dengannya masih dilarang.

Detail boleh rujuk Majlis Keselamatan Negara atau Malaysia Government Call Centre

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭

Di sini saya listkan sepanjang PKP, apa yg org Malaysia buat:

1. Berebut roti gardenia. Macam la roti tu makanan ruji Malaysia.
2. Pakat2 try air dalgona pelbagai perisa.
3. Ulang nyanyi lagu dlm video "ke sana-ke sini" PM kita. (Sampai anak aku pun nyanyi tu aje).
4. Dah berebut2 pulak menguli roti, sampai yis kat kedai-kedai sold out. Termasuklah biskut marie (utk kek batik), cream cheese Tatura dan agar-agar. Semua nak jadi chef.
5. Bila semua nak jd chef, ada yg masak tak jadi, keluar pulak FB page Masak Apa Tak Jadi.  PM sebut, makin famous group ni (Grup ni bagus, tapi..aku br je left group ni kelmarin, too many pretentious people yg nak kan perhatian).
6.Emosi terlebih tengok kdrama The World of Married Couple pulak. Abis semua benci Da Kyung (dgn aku-aku pun emo sama!)
7. Sama2 pakat hentam Rohingya pulak kat media sosial. Keluar semua gambar lama yg depa bela lembu kat tiang lampu. Baru la cerita kat Langkawi terdedah sama..Ini termasuklah aktiviti menghentam politician Taiwan yg mengutuk negara kita dulu..Perkataan "Mak Kau Ijo" menjadi terkenal tiba2 di Taiwan hahahah
8. Jadi pencinta alam dh pulak semua sbb suka pokok snake plant/lidah jin/mak mertua, sebab nak tapis udara kononn (aku pun ada hahaha!)
9. Dh semua makin kreatif, reka tali extension face mask pulak..yg kat belakang tudung org pompuan tu, macam2 kaler, style dan butang (yg nie aku kuat iman lagi.. tak terpengaruh hahaha).
10. Tiktok challenge yg "Dont Rush" tu, yg berus jatuh2 ke bawah video, org lain menyambut pula. Hehe.

Moralnya:
Korang perasan tak org Malaysia ni in general homely type bila tgk list ni. Yang viral semua berkaitan aktiviti isi rumah.  Takde masa nak berdemostrasi, berpiket, mengamuk di jalanan kann..kagum lak bila aku fikir2 kan semula. Patut lah ada kawan aku ms belajar kt NZ cakap, dia suka Malaysia sbb laid-back.

#banggajadianakmalaysia
#rinduPKP
#sekarangfasaPKPP
#memori2020

Kenapa saya copy paste status ini?

Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul dipaparan ingatan FB saya dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang.

Nikmat mana lagi yang kita dustai?

Lakukan kebaikan antara satu sama lain  Sayangi antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️

akan jd kenangan abadi selamanya...

CNP

Kredit: kepada si penulis.

KALAU BOLEH BERSEMUKA KENAPA PILIH BERCAKAP DI BELAKANG

Salam AKP...






Kadang2 pentafsiran lain2 pada setiap masalah walaupun kita sedarah sedaging..rambut sama hitam,berbinti yang sama, tp susah nak sekata.jadi jangan diambil ringan dengan setiap tutur bicara kita..
  1. bahaya jugak bawang membawang ni kalau tak kena caranya.
    hilanglah SEPAKAT MEMBAWA BERKAT, RINGAN SAMA DI JINJING,BERAT SAMA DIPIKUL KALAU TAK KENA GAYA.

    Maaflah tertulis di sini, melayan hati yang lara, aku insan lemah yang x lari dari berbuat dosa, punyai seribu kelemahan...

    Mak!!!! kami rindu mak!!!
    UNTUNGNYA Mok anok busu... dan tunggal perempuan. Adik2 sepupu mok yang  3 orang semua hormat kat mok dengan panggilan @bang jaroh, moklah jadi pakar rujuk dalam semua permasalahan dunia dan akhirat mereka, tanpa berpuok2 atau “carchain”. Al fatihah dibaca untuk mok HJH JARAH BT HJ AWANG.

TAHUN KE 2.... SETELAH KETIADAAN MEREKA

ASSALAMUALAIKUM WHBT..

ALHAMDULILLAH.....alhamdulaillah3x

Walau singkat jer masa... tp kami 8 beradik dpt berkumpul lg dalam suasana yg santai tp meriah. Lebih meriah kalau senua dpt turut sama, tp apakn daya..in shaa Allah yang berikutnya, dptlh ikut serta, mana2 yg tertinggal... kalau semua ada mungkin kena tambah houseboatlah gamaknyer😅.








Mama ber= seorang adik drp 6 yang disayangi,seorg anak drp 5+2,14org anak saudara drp 20+2, seorang cucumda drp 3 org,
Meriahkan!!! takdir Allah kami dpt berkumpul begini setelah ketiadaan ‘arwah mok dn ayoh’
Al fatihah buat mereka berdua.
Cucu mok & ayoh yg tiada  dalam gambar (Dr Hafiz + Dr Eqazati, Dr AinHalim + Dr Syahir, anak saudara Miera + suami,Zaim,Ara, Angoh Elin,Adik Amin,Qaseh Arriana)
(cucunda Aqid dn Aishah)







   











PENGHUJUNG JANUARI 2020

Di sebalik cerita makan2..
Aura kawan..pencen.., perancangan lari timing, payung merah.. gateh baysikal... jgn kata akk tak payung ye😊😊😊😊😊🍃🍃🍃😁🌷🌷🌷🌷🌷🌷😆😆😆
Terima kasih smua.. rakan2 yang free. [sikit jer kita rakan2 Tek & Vok ],smoga ukhuwah berkekalan hingga ke sana.