السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan apa lagi peperiksaan besar seperti SPM,sudah tentu berkongsi debaran dengan saya.
Di sini saya ingin berkongsi sedikit pa nduan yg saya perolehi selepas membelek2 satu blog yang amat menarik..tp lupa pulak nk copy addressnya.untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.
Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.
2. Mengadap kiblat.
3. Baca Syahadah - 3x
4. Al- Fatihah - 1x
5. 3 Qul- 1x
6. Surah Insyirah - 1x
7. Selawat Atas Nabi - 10x
8. Baca Surah Yassin - 1x
9. Baca Surah Insyirah 100x.
10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
Contoh:
Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.
SELAMAT BERJUANG UNTUK ANAKKU AIMAN HAZIM SERTA RAKAN2 DI IMTIAZ DUNGUN DN SEMUA ANAK DIDIK DI SMKRMM.
Semoga dikurniakan kesihatan mental dn fizikal yang baik..ketenangan,ketajaman fikiran dgn idea2 dalam menjawab soalan.Tentunya doa mama tak putus2 untuk kejayaan mu di dunia maupun akhirat..
Sumber:
Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menengah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya di dalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi.
Wasallam.
Mamanurin