Salam semua,
Masa kehadirannya kami tak pernahpun ada sebarang majlis formal, tapi satu kebiasaan arwah mak dan ayah praktikkan ialah selalu ada majlis tahlil dan makan2 di rumahnya ditempat mama dibesarkan di sebuah perkampungan felda di Terengganu, tapi semua itu dah menjadi suatu kenangan indah tak mungkin akan jumpa lagi suasana seperti itu. Apa lagi dengan suasana sekarang, semua kami lapan beradik sudah membawa haluan masing2, kalau adapun susah nak lengkap semuanya.
Apa2pun sempena sambutan Hari Ibu semalam 12 Mei 2019, macam biasa sejak kehilangan mak 2006 yang lalu hati ini tetap akan sayu dn mata mesti berkaca mengingati semua saat2 manis yang terakam dalam sanubari bersamamu mak... hanya bacaan Al fatihah dpt anakmu kirimkan. Mendapat ucapan dn suprise dari anak2pun, mana mungkin hilang rindu ini mak...ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜, kalaulah mak masih ada... hadiah apa agaknya hari ini mau kuhulurkan buatmu...kitakan punyai minat yang samakan?... mencintai cucuk tanam, terutama menghias laman rumah dengan pelbagai jenis bunga😊
 |
in shaa Allah jumpa minggu ke 3 Ramadhan |
bershoppinglah yg tak boleh lupa... beli minyak wangi dan aneka jubah di bumi arab... sampai sakit2 kaki kita kan mak?... beli jubah macam2 pesen untuk anak2 murid kesayangan mak. Kata mak, mak pening nak beli apa kat mereka yang berkirim duit bila tau mak nak ke umrah!!!, dan yang paling tak boleh lupa,belikan jubah kecik penuh sulam untuk cucu comel mak.. yang masa kita tinggal pada pengasuh umurnya lebih kurang 7 bulan, budak montel dan bambam uang mak panggil ‘Aisah’😅.. lepas tu kita jumpa botol susu berwarna warni penuh gambar zirafah... mak angkat letak, letak dn ambil lagi, akhirnya menantu mak kata ambik ajelah mak kalau berkenan... tp mak kata ada satu jer, apa kata cucu2 lain ‘abby’ dan ‘ateqah’ yang sebaya ‘Aisah’... 😌😌, sudahnya mak jadi ambik jugak walaupun ada satu, satupun satulah... nanti masa transit Dubai, kita cuba carik lagi kata menantu kesayangan mak. Masa menjadi tetamu Allah pada tahun tersebut....banyak lagi kenangan yang tak mungkin anakmu ini lupakan... teringat lagi pujukan lembut mak bila insan lemah ini,seakan menyalahkan diri, bila asyik berulangkali mengngkat hadas... dek tak sabar utk berziarah makam jungjungan s.a.w., sedih amat rasanya masa tu, dah hari terakhir barulah dpt jejak kaki ke daam masjid Nabawi.. ziarahpun sempat dari luar sahaja... masa dh suntuk untuk meneruskan perjalanan ke Mekah.Mak pesan lagi... kena redha dengan perancanganNya, ‘dah setakat itu shj rezeki utk kali ini’..berdoa banyak2 supaya boleh datang lagi masa2 akan datang.’TERIMA KASIH’ mak..! dan Alhamdulillah.. Dia, memakbulkan doa2 kita... kami dpt hadir lagi dn lagi selepas itu, walaupun bukan bersama mak lagi. Bila teringat balik rasanya hadiah anakmu... ‘Telekung sulam’ dan sepersalinan kelengkapan umrah beserta pembiayaan untuk kesana menjadi antra kenangan paling manis utk hari ibu buatmu mak💓
Kukirimkan Al fatihah buatmu mak Al Fatihah(dibaca)
 |
Mana mungkin...melupakan.. di wajah kami ada iras wajah mak yang sentiasa dirindui..tunggu kami ya mak! |
 |
Sambutan simple untuk mama dari anak2 |
 |
Mak! cucu mak ni sambut hari ibu pertama bersama ibu mentua tahun ni |