Tampilkan postingan dengan label Ucapan buat Abah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Ucapan buat Abah. Tampilkan semua postingan

CATATAN 27 TAHUN ULANGTAHUN PERKAHWINAN


SYUKUR ALHAMDULILLAH!

Ya Allah Ya Rahman,terima kasih kerana mengurniakan saya keluarga yang bahagia.

Alhamdulillah!!!


Tanggal 26.11.2016 genap 27 tahun.Allah telah menetapkan dia sbgai jodoh sya,setelah menara gading mempertemukan kami.Alhamdulillah mulai tarikh itu,Allah pinjamkan dia untuk menemani saya sehingga saat ini, DIA izinkan kami membina kasih sayang dan kesetiaan tak berbelah bahagi..saling memahami dan bertolak ansur. Menempuh ujian dan cabaran tanpa mengalah. Insan yang mengajar dn membimbing saya dn anak2 sentiasa beserderhana dalam serba serbi. Dia yang sentiasa mendorong saya dan anak2 mencapai bulan dan bintang. Dia yang meletakkan saya dan anak anak sebagai keutamaan dalam apa juga perkara dan keadaan. Dia yang sangat istimewa. Dia pelindung dan pelengkap hidup saya. Dia yang membahagiakn Dia segala2nya buat kami... in shaa Allah telah dan penuh sabar membimbing kami mencari kerdhaaNya untuk sama2 menuju syurga di tempat yg kekal dan abadi.


Keseluruhan kehidupan umpama cebisan perca dengan pelbagai corak dan warna.Ada warna ceria,gemilang,kabur,terang,muram dan terkadang hambar.PadaMu jua tempat kami berlindung dan memohon kekuatan dalam melayari kehidupan buat panduan kepada permata hati kami.

Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan anak-anak sebagai amanah kepada kami.Namun kami tidak mampu menjaga mereka sepenuh masa.Kami tiada upaya.Kami serahkan mereka kembali kepada-Mu ya Rabbi.

"Peliharalah keselamatan dan kesejahteraan mereka.Jadikan mereka hamba yang sentiasa dekat kepada Mu.Sisihkan mereka daripada hamba yang melalaikan dan yang menjauhkan diri dariapada-Mu.Berkan mereka kejayaan di dunia dan akhirat. Ameen ya Robb."

sepetang di pantai Batu Hitam,Beserah 


Hepi bday untuk imam kami yang kebetulan sama bulan.


DIARI NOVEMBER

Assalamualaikum....



HAHA.....setahun draf baru kita perasan wak.... nampak sangat sibuknyer sampai bertahun tak buka blog,bkan apa sebab asyik bertangguh beginilah jadinya.satu lagi kerana sangat nak difikir...lansung lupa.Mana taknya ketika ini (Nov 2015) seribu macam perkara ada dalam kepala antaranya:

  • mikirkan persiapan pertunangan anak sulong
  • konvo ke dua2 putera puteri kami yang berselang bulan saja
  • mikirkan persiapan majlis perkahwinan anak sulong (along Hafiz dan suri pilihan hatinya...bakal menantu kami yang comel)
  • percutian keluarga sambil2 ke pesta konvo anak2..sempatlah kami jejakkan kaki ke beberapa tempat di negara orang, Alhamdulillah.

      
sumber: en google   


 

NOVEMBER YANG MANIS

Sanah Helwah my lovely hubby
   

    
    

Happy fathers day

Selamat Hari Bapa untuk abah dan rakan-rakan sekerja....


Semoga mereka semua mempunyai masa yang berkualiti bersama ahli keluarga  di hujung minggu ini.
Semoga sambutan ini akan memberikan nafas baru kepada mereka dan keluarga.

Berikut adalah santapan minda untuk dihayati......

Ayah adalah orang yang hebat
Terlalu sedikit difahami,
                                                      dan kita tidak menghargai mereka
                                                      sekerap yang sepatutnya...

          Entah bagaimana ayah seolah-olah menjadi
          orang yang membayar bil-bil,
          manakala ibu berkorban
          dan menjaga ketika sakit...

                dan ayah berusaha setiap hari
                untuk menghidupkan imej nya
                sebagai pelindung dan pembekal
                dan "wira pelindung"...

                        dan mungkin itu adalah alasan mengapa
                        kami kadang-kadang mendapat tanggapan,
                        ayah bukanlah subjek
                        kepada apa yang kita panggil emosi,

 tapi bila dilihat di dalam hati Ayah,
 dimana tiada yang dapat melihat
 akan dapat ditemui dia adalah seorang sentimental
 dan menjadi 'lembut' selagi boleh...

          tapi dia selalu sibuk tiap-tiap hari
          di dalam perlumbaan hidup,
          dia meninggalkan sifat sentimental
          kepada pasangan dan isteri nya...

                  tetapi ayah terlalu indah
                  di dalam sejuta cara yang berbeza,
                 dan mereka layak mendapat pujian
                 dan anugerah,

                        Kerana ayah hanya berhasrat
                        tentang masa depan dan kejayaan
                        adalah untuk menjadikan keluarga bangga dengannya
                        dan menggembirakan mereka...

                                   dan seperti bapa kita,
                                   dia seorang penjaga dan pembimbing,
                                   seseorang yang boleh kita harapkan
                                   untuk sentiasa ada disamping kita.


 Helen Steiner Rice

Thanks Dads