Selamat Hari Bapa untuk abah dan rakan-rakan sekerja....
Semoga mereka semua mempunyai masa yang berkualiti bersama ahli keluarga di hujung minggu ini.
Semoga sambutan ini akan memberikan nafas baru kepada mereka dan keluarga.
Berikut adalah santapan minda untuk dihayati......
Ayah adalah orang yang hebat
Terlalu sedikit difahami,
dan kita tidak menghargai mereka
sekerap yang sepatutnya...
Entah bagaimana ayah seolah-olah menjadi
orang yang membayar bil-bil,
manakala ibu berkorban
dan menjaga ketika sakit...
dan ayah berusaha setiap hari
untuk menghidupkan imej nya
sebagai pelindung dan pembekal
dan "wira pelindung"...
dan mungkin itu adalah alasan mengapa
kami kadang-kadang mendapat tanggapan,
ayah bukanlah subjek
kepada apa yang kita panggil emosi,
tapi bila dilihat di dalam hati Ayah,
dimana tiada yang dapat melihat
akan dapat ditemui dia adalah seorang sentimental
dan menjadi 'lembut' selagi boleh...
tapi dia selalu sibuk tiap-tiap hari
di dalam perlumbaan hidup,
dia meninggalkan sifat sentimental
kepada pasangan dan isteri nya...
tetapi ayah terlalu indah
di dalam sejuta cara yang berbeza,
dan mereka layak mendapat pujian
dan anugerah,
Kerana ayah hanya berhasrat
tentang masa depan dan kejayaan
adalah untuk menjadikan keluarga bangga dengannya
dan menggembirakan mereka...
dan seperti bapa kita,
dia seorang penjaga dan pembimbing,
seseorang yang boleh kita harapkan
untuk sentiasa ada disamping kita.
Helen Steiner Rice
Thanks Dads
Tidak ada komentar:
Posting Komentar