Hari Ibu..

Lemang,sarapan dan air mata.





Pagi ini bersarapan....
Lemang dengan rendang,teh tarik kaw2...berat tu...
Tapi tiba-tiba hati ini terasa sayu sangat-sangat...apa taknya TV3, memaparkan ucapan ucapan 'Hari Ibu'
Ya Allah....hati ini hanya engkau yang tahu...rindu sangat2 dengan arwah mak.Sesungguhnya maklah yang benar-benar tahu yang anaknya ini sangat2 mengemari lemang(bahagian kepala),rupanya memang sgt comot,tp sy sukakanya...

Pernah satu ketika bila sy dh pandai ke pasar payang sendiri...sambil bershopping kelengkapan perkahwinan sy(tahun 1989....) sy tak lupa beli makanan kegemaran sy ini..mak kata apa?..."mung ni! nok kawin esok lusa...doh,..lemang hudoh ni...jgok yg dipilih"...mak berkata sambil ketawa geli hati...Mak,'mek'(panggilan manja mak untuk sy) tak lupa peristiwa itu sampai bila-bila....selagi hayat dikandung badan.  Dan....pagi ini sempena sambutan hari Ibu...kenangan itu terimbau kembali.'Mek' tak dpt menghabiskan lemang kegemaran...'Mek minum sambil bercucuran air mata...Alangkan seronoknya jika mak masih ada.....semuanya gembira!!!,byk sangat yg dh hilang mak!...kegembiraan nak balik kampung....terasa sekali x de maknanya lagi....hya 'makam' mak pengubat rindu....

'Selamat Hari Ibu' mak....'Mek' sayang...mak hingga hujung nyawa ini...Al..Fatihah.


Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat ) الفاتحة
1 Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4 Yang menguasai di Hari Pembalasan مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Tidak ada komentar: